SIAPA YANG KALAH?
Berapi2 luahan rasa di alam siber.
Bertubi2 serangan di twitter dan fb.
Yang untung tetap Operator Telekomunikasi, kerana line internet digunapakai semakin meningkat.
Siapa yang Untung? kita ke?
Siapa yang Rugi? Pasti kita juga.
Yang menang PRU13 sedang merenung 5 thn kedepan, berapa boleh buat FD, kereta apa boleh pakai dan berapa luas tanah boleh ditukarmilik.
Yang kalah terus merengus, itu tipu, ini tak telus, sana tipu, sini beres...
Cuma yang tentu kalah ialah agama kita.
Melayu muslim jatuhkan harga diri.
Melayu tak muslim membangga diri sebab ada papa kaya.
Bangsa kah yang bersalah?
Atau Kaum kah yang mesti disalahkan?
Lupakah kita kepada asal usul Adam yang di usir dari Syurga?
Dek ikut pujukan isteri, terlanggar Larangan Allah; Jangan didekati pohon itu...
Dek ikut bisikan Syaithon, pergi petik dan telan sibuah Larangan Allah.
Sampai tak tahu pon namanya.. di labelkan Si buah Khuldi, sebab tersekat di Khalkum.
Habis dah PRU13, masih lagi mencaci dan mencerca.
Budaya Islam kah itu?
Yang pasti, agensi Agama perlu di kemaskini,
Undang2 Syariah perlu ber Integriti.
Sedarlah wahai kaum muslim sekelian,
Lebih ramai akan karam,
Lebih dahsyat dari zaman nabi Noh,
Kita karam dialam maya,
Alam siber yang dimanupulasikan sesuatu kaum,
Yang Pasti kita mesti bermuhasabah diri..
Tak kira dimana kita ber Parti,
Janji kita masih Muslim sejati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan