ALAM MAYA TANPA SEMPADAN; FIKIR DULU SEBELUM DIPOSKAN

Jumaat, 6 Julai 2012

Antara Amalan dan Bida'ah

Membaca surah Yasiin 3x diMalam Nisfu Sya'aban.

Ramai orang berlumba2 dan berpusu2 menghadirkan diri kesurau2 atau masjid2 atau dirumah untuk mendapatkan mata ganjaran dengan beramal dimalam 15 Sya'aban setiap tahun.
Seandainya malam itu hujan turun, maka rezeqi pun murah dan membawa 1001 keberkatan.

Soalan :  Apakah sebabnya mereka berlumba2 untuk mendapatkan mata ganjaran dimalam tersebut?
Kerana buku amalan ditutup sebelum waktu Maghrib dan muka baru, buku amalan baru, serta catatan terbaru mula dicatat sebaik sahaja masuk waktu Maghrib malam 15 Sya'ban saban tahun hingga Hari Pembalasan.

Soalan :  Adakah hanya itu saja caranya untuk beramal?
Tidak, itu adalah amalan kelaziman sebagai salah satu dari amalan dan aktiviti untuk ahli Qoriah berkumpul.

Soalan :  Apakah dengan membaca surah Yasiin sebanyak 3x selepas sholah Maghrib itu sempurna?
Ya, bagi pembaca2 yang menghormati ayat2 Alquran, iaitu sesiapa yang melunaskan Hak2 membaca al Quran sepertimana yang dituntut didalam ayat 121, surotul Baqoroh dan ayat 4 surotul Muzammil.;

Tidak sempurna; bagi orang2 yang membacanya secara membuta tuli, berebut2 nak cukupkan bilangannya 3x serta nak menunjuk 'Terror', bahawa dia handal dapat menyudahkan 3x bacaan dalam jangkawaktu 1/2 jam itu.

Soalan :  Adakah ianya betul atau betul2 dituntut?
Membaca surah Yasiin dengan cara Tartil dan Hak2nya yang dituntut adalah baik, betul dan dituntut.
Membaca surah Yasiin 3x kerana malam Nisfu Sya'aban dan mesti buat adalah tergolong dalam pendapat yang disebut Bida'ah.
Ianya perlu dibaca disebabkan ianya baik; setiap hari dan malam baik untuk membaca surah Yasiin dan ayat2 serta surah2 yang lain dari Al Quran sehingga 30 juzuk.

Soalan :  Apakah akan terjadi seandainya membaca secara berniat untuk malam tersebut juga berlumba2 sehingga banyak berlakunya kesilapan dan kesalahan, samada tajwid atau tujuan?
WAllaahua'lam. Walaubagaimanapun, Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Sedarlah, ingatlah dan berhati2lah;
Ramai pembaca2 al Quran ( ahlul qurro' ) tidak sedar bahawa al Quran itu melakhnat sipembacanya, iaitu mereka yang membaca al Quran dengan niat selain kerana Allah dan tidak melunaskan Hak2 Membaca Al Quran.
Membaca Al Quran itu sunnat.
Mengajar Al Quran dan Tajwid itu Fardhu Kifayah.
Belajar Tajwid dan Al Quran itu Fardhu 'Ain.
Membaca Al Quran dengan Tajwid yang betul itu adalah WAJIB.

Maka, saya menyeru kepada diri saya, keluarga dan semua orang islam, Bergurulah, bergurulah, bergurulah.
Dapatkanlah guru bersanad shohih, walaupun terpaksa menghabiskan selama mana umur kita untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk itu, secara bertalaqi dan bermusyafahah.

Penuhkanlah Syarat2 Sah dan Rukun membaca al Quran itu;
1. Al Quran Resam Uthmani. (Al Karim kebiasaannya ).
2. Bertalaqi dan Musyafahah.
3. Bersambung Pertalian bacaan ( sanad ) hingga ke Rosulullah.
4. Menepati bacaan satu dari Nahu2 bahasa Arab.

Selamat, selamat sejahtera, selamat pagi Jumuah.
Assalaamualaikum.

Isnin, 2 Julai 2012

Hakikat, Syariat, Thoriqat dan Ma'rifat.

Hakikat dan Syariat membentuk kita menjadi Muslim yang taat kepada Allah, mematuhi Ketentuan Allah serta mengikut Sunnah Rosulullah dan hidup dalam kesederhanaan dialam nyata.

Thoriqat melorong kita mengikut jalan yang telah ditentukan Allah dengan Iman dan Taqwa. Seandainya Hakikat dan Syariat tidak dapat dipraktikkan dengan baik, besar kemungkinan sesaorang yang hanya berpegang kepada Thoriqat akan dilihat umum sebagai sendeng atau sewel.

Makrifat menjadikan diri kita berjaya memisahkan jasad dibumi dengan roh sentiasa berkhalwat dengan Allah. Kebiasaannya golongan ini lebih bersifat kewalian DAN beliau sendiri tidak perasan, cuma tindak tanduk, tingkah laku mereka lebih tenang, sopan dan orang lain yang dapat mencari kelainan mereka.
Juga, kita tidak dapat menyampaikan pandangan atau bisikan kepada mereka bahawa mereka itu Wali, kerana, apabila sesudah wafatnya sesaorang Wali Allah itu, baharulah kita sedar sebenar2nya selama ini, sipolan-sipolan itu besar kemungkinan Wali Allah.
Contoh terbaik ialah : Assheikh Qodir Jailani, Penghulu segala wali Allah.

Kini, zaman sekarang.. kita jangan mudah terpedaya.
Samada dari segi Pakaiannya,
Pidatonya,
Lakonlayarnya;
kemungkinan besar, mereka itu adalah golongan Munafiq atau Hipokrit atau Plastik.

Wallaahua'lam.

Ahad, 1 Julai 2012

Apakah Kiriman Istimewa Anak2 Untuk Arwah IBUBAPA?

Bagi orang yang masih hidup, mereka sering menantikan bingkisan berita, hadiah atau call dari anak2.
Bagi orang yang sakit, mereka terpandang2 kunjungan rakan taulan, sanak saudara.
Bagi orang yang dah meninggal dunia pula, mereka kehausan dan kelaparan; sering menunggu 'parcel' dari dunia nyata >>

Apakah yang mereka nantikan?
Siapakah yang mereka harapkan?

'Apabila matinya anak2 Adam itu, semuanya balik meninggalkan mereka ditanah perkuburan; kecuali 3 perkara:
1. Amal ibadahnya semasa mereka hidup.
2. Amal jariah/ilmu yang dijariahkan dan dimanafaatkan oleh orang dimuka bumi ini.
3. Anak2 yang sholeh dan sholehah yang sering mendoakan mereka serta sering sedeqah jariah keatas mereka.'

Jom.. bermula dari hari ini, 1hb. Julai, 2012 hingga nyawa di kerongkong kita, bersedeqah jariahlah diatas nama kedua orang tua kita, samada mereka masih hidup, ataupun telah meninggal dunia.
Kalau tak mampu, bacalah suratulikhlas.. dengan tajwid yang betul; 3x bersamaan pahala 1x khotam alQuran.