Membaca surah Yasiin 3x diMalam Nisfu Sya'aban.
Ramai orang berlumba2 dan berpusu2 menghadirkan diri kesurau2 atau masjid2 atau dirumah untuk mendapatkan mata ganjaran dengan beramal dimalam 15 Sya'aban setiap tahun.
Seandainya malam itu hujan turun, maka rezeqi pun murah dan membawa 1001 keberkatan.
Soalan : Apakah sebabnya mereka berlumba2 untuk mendapatkan mata ganjaran dimalam tersebut?
Kerana buku amalan ditutup sebelum waktu Maghrib dan muka baru, buku amalan baru, serta catatan terbaru mula dicatat sebaik sahaja masuk waktu Maghrib malam 15 Sya'ban saban tahun hingga Hari Pembalasan.
Soalan : Adakah hanya itu saja caranya untuk beramal?
Tidak, itu adalah amalan kelaziman sebagai salah satu dari amalan dan aktiviti untuk ahli Qoriah berkumpul.
Soalan : Apakah dengan membaca surah Yasiin sebanyak 3x selepas sholah Maghrib itu sempurna?
Ya, bagi pembaca2 yang menghormati ayat2 Alquran, iaitu sesiapa yang melunaskan Hak2 membaca al Quran sepertimana yang dituntut didalam ayat 121, surotul Baqoroh dan ayat 4 surotul Muzammil.;
Tidak sempurna; bagi orang2 yang membacanya secara membuta tuli, berebut2 nak cukupkan bilangannya 3x serta nak menunjuk 'Terror', bahawa dia handal dapat menyudahkan 3x bacaan dalam jangkawaktu 1/2 jam itu.
Soalan : Adakah ianya betul atau betul2 dituntut?
Membaca surah Yasiin dengan cara Tartil dan Hak2nya yang dituntut adalah baik, betul dan dituntut.
Membaca surah Yasiin 3x kerana malam Nisfu Sya'aban dan mesti buat adalah tergolong dalam pendapat yang disebut Bida'ah.
Ianya perlu dibaca disebabkan ianya baik; setiap hari dan malam baik untuk membaca surah Yasiin dan ayat2 serta surah2 yang lain dari Al Quran sehingga 30 juzuk.
Soalan : Apakah akan terjadi seandainya membaca secara berniat untuk malam tersebut juga berlumba2 sehingga banyak berlakunya kesilapan dan kesalahan, samada tajwid atau tujuan?
WAllaahua'lam. Walaubagaimanapun, Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Sedarlah, ingatlah dan berhati2lah;
Ramai pembaca2 al Quran ( ahlul qurro' ) tidak sedar bahawa al Quran itu melakhnat sipembacanya, iaitu mereka yang membaca al Quran dengan niat selain kerana Allah dan tidak melunaskan Hak2 Membaca Al Quran.
Membaca Al Quran itu sunnat.
Mengajar Al Quran dan Tajwid itu Fardhu Kifayah.
Belajar Tajwid dan Al Quran itu Fardhu 'Ain.
Membaca Al Quran dengan Tajwid yang betul itu adalah WAJIB.
Maka, saya menyeru kepada diri saya, keluarga dan semua orang islam, Bergurulah, bergurulah, bergurulah.
Dapatkanlah guru bersanad shohih, walaupun terpaksa menghabiskan selama mana umur kita untuk menghabiskan bacaan 30 juzuk itu, secara bertalaqi dan bermusyafahah.
Penuhkanlah Syarat2 Sah dan Rukun membaca al Quran itu;
1. Al Quran Resam Uthmani. (Al Karim kebiasaannya ).
2. Bertalaqi dan Musyafahah.
3. Bersambung Pertalian bacaan ( sanad ) hingga ke Rosulullah.
4. Menepati bacaan satu dari Nahu2 bahasa Arab.
Selamat, selamat sejahtera, selamat pagi Jumuah.
Assalaamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan