Hakikat dan Syariat membentuk kita menjadi Muslim yang taat kepada Allah, mematuhi Ketentuan Allah serta mengikut Sunnah Rosulullah dan hidup dalam kesederhanaan dialam nyata.
Thoriqat melorong kita mengikut jalan yang telah ditentukan Allah dengan Iman dan Taqwa. Seandainya Hakikat dan Syariat tidak dapat dipraktikkan dengan baik, besar kemungkinan sesaorang yang hanya berpegang kepada Thoriqat akan dilihat umum sebagai sendeng atau sewel.
Makrifat menjadikan diri kita berjaya memisahkan jasad dibumi dengan roh sentiasa berkhalwat dengan Allah. Kebiasaannya golongan ini lebih bersifat kewalian DAN beliau sendiri tidak perasan, cuma tindak tanduk, tingkah laku mereka lebih tenang, sopan dan orang lain yang dapat mencari kelainan mereka.
Juga, kita tidak dapat menyampaikan pandangan atau bisikan kepada mereka bahawa mereka itu Wali, kerana, apabila sesudah wafatnya sesaorang Wali Allah itu, baharulah kita sedar sebenar2nya selama ini, sipolan-sipolan itu besar kemungkinan Wali Allah.
Contoh terbaik ialah : Assheikh Qodir Jailani, Penghulu segala wali Allah.
Kini, zaman sekarang.. kita jangan mudah terpedaya.
Samada dari segi Pakaiannya,
Pidatonya,
Lakonlayarnya;
kemungkinan besar, mereka itu adalah golongan Munafiq atau Hipokrit atau Plastik.
Wallaahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan