ALAM MAYA TANPA SEMPADAN; FIKIR DULU SEBELUM DIPOSKAN

Ahad, 1 Julai 2012

Apakah Kiriman Istimewa Anak2 Untuk Arwah IBUBAPA?

Bagi orang yang masih hidup, mereka sering menantikan bingkisan berita, hadiah atau call dari anak2.
Bagi orang yang sakit, mereka terpandang2 kunjungan rakan taulan, sanak saudara.
Bagi orang yang dah meninggal dunia pula, mereka kehausan dan kelaparan; sering menunggu 'parcel' dari dunia nyata >>

Apakah yang mereka nantikan?
Siapakah yang mereka harapkan?

'Apabila matinya anak2 Adam itu, semuanya balik meninggalkan mereka ditanah perkuburan; kecuali 3 perkara:
1. Amal ibadahnya semasa mereka hidup.
2. Amal jariah/ilmu yang dijariahkan dan dimanafaatkan oleh orang dimuka bumi ini.
3. Anak2 yang sholeh dan sholehah yang sering mendoakan mereka serta sering sedeqah jariah keatas mereka.'

Jom.. bermula dari hari ini, 1hb. Julai, 2012 hingga nyawa di kerongkong kita, bersedeqah jariahlah diatas nama kedua orang tua kita, samada mereka masih hidup, ataupun telah meninggal dunia.
Kalau tak mampu, bacalah suratulikhlas.. dengan tajwid yang betul; 3x bersamaan pahala 1x khotam alQuran.

Tiada ulasan: